Halaman

Rabu, 21 Disember 2011

Soalan kumpulan sederhana

Nyatakan aktiviti berdasarkan gambar diberikan.

Nyatakan aktiviti berdasarkan gambar diberikan.

Quiz

 

Isnin, 19 Disember 2011

hot potato vs youtube

Jika anda diberi tugasan melalui alam maya,apakah yang anda fikirkan? Mungkin anda akan rasakan perkara itu mudah kerna anda memang berpengetahuan mengenainya. Bagaimana pula jika kali pertama menerima tugasan tersebut? Saya jamin anda akan kekalutan. 
             Anda mungkin hanya membayangkan copy  & paste sahaja. Namun sebenarnya banyak yang anda kena pelajari. Tidak mustahil anda terpaksa bersengkang mata lebih daripada 24 jam untuk menghasilkan sesuatu post. Antaranya apabila anda hendak menukar video ke dalam talian menggunakan youtube.
             Pengalaman pertama mungkin anda berasa excited sangat untuk lihat hasil anda. Tetapi setelah berjam-jam menunggu, video anda di reject! Anda pasti akan kecewa. Lalu anda terpaksa mencari altenatif lain, Macam mana? Cuba perhatikan youtube yang sering anda tonton. Berapakah jumlah masa yang biasanya untuk satu-satu tayangan? Kurang daripada 10 minit, bukan? Nah, itulah sebabnya anda perlukan converter pula. Anda mesti convert video anda dalam julat masa yang sesuai. Masa upload 5 hingga 7 minit tayangan adalah kira-kira 2 hingga 3 jam. Bayangan kalau tayangan anda lebih daripada 1 jam. Anda kena bagi masa selama 24 jam untuk convert dan upload ke youtube! 
             Masa untuk edit hasil anda, terutama kalau anda adalah seorang blogger pula satu halangan lain. Ada kalanya anda perlu memasukkan gargets. Ada image yang tak boleh dipindahkan ke post anda. Maka anda terpaksa bina fail sendiri pula. Aduh..malangnya image fail anda gagal juga di terima masuk ke post. Maka bermula lagi pemasalahan anda. Anda perlu edit image tersebut ke saiz yang menepati. Kemudian baru boleh upload ke post.
             Sekarang anda kena pula bina item untuk interaktif. Maka anda gunalah cara copy & paste. Tetapi kenapa tak jadi? Ahahh..anda kena ada pula software hot potato. Nak menggunakannya pula anda bermasalah lagi. Mana satu yang hendak dipilih? Kenalah anda belajar guna.Kalau tak dapat faham juga, cari maklumat di google. Cuba dan cubalah hingga anda berjaya. Hasilnya anda selaku pengguna baru terpaksalah menghabiskan masa 2 hingga 3 hari  tanpa henti untuk siapkan tugasan anda. Tapi jangan risau,kerana anda masih boleh makan dan tidur kerana semua kerja-kerja tersebut melakukannya sendiri. Benda yang guna komputer ni kita tak perlu menghadap di depannya cuma kena pantau selalu.Tambahan pula anda mesti siapkan dalam masa yang terhad. Rasa dunia anda entah di mana.
             Itulah pengalaman saya buat kali pertama mengendalikan perkara begini apabila tugasan yang diamanahkan oleh kawan-kawan sekumpulan yang lain gagal dilakukan oleh mereka. Bukan mereka tidak pandai melakukannya tetapi tidak sanggup dengan masa. Maka terpaksalah saya lakukannya kerana tidak sanggup gagal dalam menyempurnakan tugasan. Dengan masa  untuk menghantar tugasan tinggal 2 hari sahaja lagi dan dengan proses yang memakan masa, rasanya tak cukup putaran masa 24 jam sehari semalam.
             Apapun,pengalaman ini amat berbaloi kerana banyak ilmu yang saya perolehi. Oleh itu, jangan mengeluh apabila anda menerima tugasan yang tak disangka-sangka kerana semua itu ilmu kepada kita. Sebagai pengguna baru 3 hari 3 malam komputer saya yang tidak tidur dan terpasang berterusan. Cuma sentiasalah pastikan peredaran udara panasnya diberi perhatian. Takut nanti komputer anda menjadi bom!
                  Selamat mencuba. 

Khamis, 15 Disember 2011

Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5


Mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Tahun
5 Bestari.
Tema
Jalan raya.
Tajuk
Cara-cara Menjaga Keselamatan di Jalan raya.
Tarikh
10 November 2011.
Masa
60 minit.
Bilangan murid
25 orang.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1.    Menyatakan undang-undang dan peraturan jalan raya.
2.    Membina ayat majmuk yang gramatis berdasarkan gambar yang diberi.
Kemahiran:
Fokus Utama 11.2
Mengulas karya bukan sastera dari aspek penggunaan perkataan, idea,ayat,wacana,nilai dan pengajaran.
Aras 1(i)
Menyatakan mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan.

Fokus sampingan 8.1:
           Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras  2(i):
           Membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat.

Kemahiran bahasa:
Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Sistem bahasa:
Kosa kata
Rangkaikata
Ayat majmuk
Ilmu:
Pendidikan Sivik,Pendidikan Moral, Dunia Muzik
Nilai:
Bekerjasama, baik hati, bertanggungjawab, berani
Kemahiran Bertambah Nilai (KBT):
Kemahiran Berfikir :             
                   Menjana idea.
Kemahiran Belajar  :
Mengumpul, memproses, mencatat, dan melaporkan maklumat.


Kecerdasan Pelbagai :
Interpersonal
Intrapersonal
Kecerdasan Muzik
Verbal-Linguistik

Pengetahuan sedia ada:
Murid telah biasa dengan peraturan jalan raya.
Bahan Bantu Belajar:
Komputer riba, LCD, Slaid Multimedia, ‘Minus One’, Lembaran kerja, kertas mahjung
Langkah-langkah pengajaran                                  


Langkah/Masa
Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
catatan
Set Induksi
( 5 minit)
Senikata lagu
“Hati-hati di jalan raya”
1.    Guru bersoal jawab mengenai peraturan jalan raya.  

2.    Murid membaca senikata
        lagu yang diberi.

3.    Murid mendengar sambil
         menyanyikan lagu tersebut.
         
K.Pelbagaian
- Muzik
- Ruang

K.Belajar
- Mendengar

Nilai murni
-Bertanggungjawab
Langkah 1
( 10 minit )
Senikata lagu”Hati-hati di jalan raya”
1.    Bersoal jawab berdasarkan senikata lagu tersebut.

2.    Guru mengaitkan beberapa peraturan jalan raya dengan pengetahuan sedia ada murid.

BBB:Senikata lagu

Tatabahasa:
Ayat Tanya

K.Belajar: Menjana idea

Kaedah : Kelas dan individu

Nilai murni: Patuhi peraturan

Langkah 3
(20 minit)
Kad gambar
Lembaran kerja
1.    Guru mengedarkan kad gambar dan kertas mahjung untuk aktiviti dalam kumpulan.

2.    Murid diminta berbincang cara-cara menggunakan jalan raya dengan selamat dalam kumpulan masing-masing berdasarkan gambar yang diberikan oleh guru.

3.     Ketua kumpulan diminta membentangkan hasil dapatan berdasarkan gambar yang diberi dalam bentuk ayat yang lengkap
dan gramatis.


4.    Murid menulis semula ayat yang betul yang diberikan oleh guru di  atas lembaran kerja.
BBB : Kertas mahjung
kad gambar
Sistem bahasa : Ayat majmuk

K.Belajar : Mengumpul maklumat

K.Pelbagai : Visual ruang

Verbal linguistik
Kaedah : Kelas dan individu

Nilai : Berani
Penutup
(10 minit)
Lagu “Hati-hati di jalan raya”








1.      Murid menyanyikan semula lagu “Hati-hati di jalan raya dengan iringan muzik.

2. Guru membuat rumusan dengan menunjukkan carta mengenai lain-lain peraturan jalan raya yang patut murid ketahui.


K. Belajar : Mengumpul maklumat
Mendengar

K.Pelbagai: Kecerdasan muzik