Halaman

Ahad, 13 November 2011

pengalaman mencipta blog

Hari ini (13 Nov) dalam perjumpaan dengan group belajar mencipta laman blog pertama. Sangat memeningkan apabila apa yang kita bina kita lupa..lupa alamat...maka tak jumpalah rumah kita...tersesat entah di mana-mana...pening pening pening...jumpa tok penghulu(Ketua Kumpulan)...tok penghulu cadangkan buat je rumah lain..(blog la tu).. kerana bumi ni luas lagi(alam maya)...maka bina lagi..tapi rasanya tak boleh buka pintu pula...hahaha...bertambah-tambah lah pening...maka duduk je lah di anak tangga menanti tukang kunci datang menolong...apa yang pasti kalau kali ni pintu tak boleh buka...kena cari kontraktor bina rumah lain lagi(kawan-kawan)...kata orang...gagal sekali bukan untuk selama-lamanya..usaha tangga kejayaan!!..tapi memang cari penyakit la ni...kini aku sedang termenung di tangga sambil membelek-belek mangga pintu..mencuba gugusan anak kunci yang ada..kalau nasib aku baik..terbuka..kalau tak...tak tahulah...tapi pada mereka yang baru berjinak-jinak dengan blog...jangan putus asa...cuba dan cuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan