Halaman

Isnin, 5 Disember 2011

beranikan diri

Ssebenarnya untuk mencuba sesuatu yang tidak menyalahi mana-mana pihak bukalah merugikan. Kita hendaklah sentiasa berazam untuk mencuba sesuatu yang baru. Tidak salah mencuba sesuatu yang baru.Kita akan menjadi orang yang ketinggalan kalau tidak berani mencuba sesuatu yang baru. Mungkin kita mampu menandingi golongan muda yang advance dengan sesuatu yang baru.Atau mungkin sekali kita agak ketinggalan dalam dunia moden berbanding mereka itu.Apapun kita tetap mengikut mereka,walaupun setapak atau bertapak-tapak di belakang mereka.Namun kita masih tahu apa yang mereka perkatakan.Sesungguhnya dengan cara itu kita boleh duduk bersama mereka dan berbicara seperti mereka.AWAS!!Jangan berperangai seperti mereka.
    Orang muda hidup dengan teknologi.Kalau mereka bercakap mengenai teknologi,golongan dewasa (bukan tua!!) hanya melopong.Kenapa jadi begitu? Golongan dewasa mengangap mereka tidak perlu ambil tahu tentang teknologi. "Biarkan mereka yang buat kalau ada hal-hal yang berkaitan dengan teknologi. Nanti kita terima yang siap!! " Aduh!! malang sunggup kerana anak-anak kecil pun mampu menipu kita dengan teknologi.Kita hendak buat macam mana kerana kita tidak tahu untuk menghalang mereka.Siapa yang salah?Mudah sahaja mereka beri alasan,Teknologi yang salah!Orang kafir yang salah!Kerajaan yang salah!Guru yang salah! Ada ke patut? Bila masa pula ibu bapa mereka hendak menyalahkan diri sendiri?
     HENTIKAN sikap menyalah orang lain.Bukalah mata.Kalaupun orang dewasa tidak mampu lagi berdiri sama tinggi dengan orang muda,biarlah kita duduk di sisi merela,seiring dan sejalan dengan langkah yang perlahan.Namun kita tahu ke mana arah dan tujuan.Rebutlah peluang DUNIA DI HUJUNG JARI ini.Kemahiran ini akan mengerunkan anak-anak muda kita kerana kita juga mampu bersaing dengan mereka.Mereka tidak akan sewenang-wenangnya melencong ke jalan yang salah kerana mereka tahu orang tua mereka boleh mengesan ke mana mereka menghilang.Tetapi kalau kita orang yang buta,anak-anak menari di depan mata pun kita tidak dapat melihat.Pernahkah anda fikir?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan